CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Khamis, Ogos 14, 2008

Selamat Datang ke PSS SKSR

Hi
Graphics and Myspace Layouts at pYzam.com


Rabu, Ogos 13, 2008

Perkhidmatan, Penggunaan dan Ciri - Ciri PSS SK Slim River

Terdapat beberapa perkara dalam perkhidmatan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah. Perkara tersebut adalah :

1. Waktu Penggunaan.

  • PSS dibuka pada setiap hari ISnin hingga Jumaat mulai jam 7.40 pagi hingga 1.30 tenga hari.
2. Pengguna Pusat Sumber
  • PSS dibuka kepada semua warga SK Slim River yang terdiri daripada murid-murid, guru dan staf sekongan sekolah. Seorang murid dibenarkan meminjam dua buah buku perpustakaan dalam tempoh dia minggu. Bahan-bahan bukan buku juga boleh dipinjam mengikut peraturan yang ditetapkan. Pengguna dari luar sama ada dari sekolah atau institusi / jabatan yang berhampiran termasuk bekas-bekas murid juga boleh menggunakan kemudahan PSS melalui kebenaran pihak pentadbir sekolah.
3. Status dan Jumlah Kakitangan
  • Tenaga kerja PSS adalah terdiri daripada guru-guru PSS dan Pengawas PSS. PSS tidak mempunyai kerani atau pembantu PSS. Semua keraja PSS termasuk kerja kaunter sirkulas dilakukan oleh Pengawas bertugas dan guru-guru PSS mengikut jadual yang ditetapkan.
4. Jenis Koleksi Bahan
  • Bahan buku
- Bahan rujukan, buku pinjaman basa , buku pinjaman berkelompok, pinjaman "Red Sportrt" dan koleksi Malaysiana.
  • Bahan berceta bukan buku.
- Majalah bulanan ( 5 tajuk ), majalah sekolah-sekolah lain, risalah berfail mengikut tajuk, kotak risalah dan rak risalah. Surat khabar, termasuk keratan akhbar berfail dan berjilid.
  • Koleksi Fail Tegak
  • Koleksi soalan peperiksaan awam dan peperiksaan dalaman, termasuk bank soalan
  • Koleksi buku skrap, kertas kerja dan kertas projek
  • Koleksi bahan bantu mengajar
  • Koleksi perkakasan ( hardware ) dan perisian ( software )
  • Komputer, Sistem maklumat PSS ( Pengautomasian ) dan perisian
  • Koleksi Pinjaman Terhad
CIRI - CIRI PUSAT SUMBER SEKOLAH
1. Program Swadaya Prasarana
  • Program nin merupakan usaha membangunkan prasarana PSS sama ada prasarana dalam PSS ataupun di luar PSS dengan menggunakan tenaga sendiri secara bergotong royong dan sukarela di kaangan guru-guru, murid-murid dan pekerja sekolah. Program ini telah berjaya membangunkan fizikal PSS yang selesa dan ceria dengan kos yang rendah rendah, di samping dapat mewujudkan budaya kerja sepasukan di kalangan warga sekolah.
2. ASTRO Pendidikan
  • Sistem ASTRO Pendidikan ditempatkan dan dikawal di Bilk Tayangan PSS. Murid boleh menonton siaran ASTRO sepanjang waktu persekolahan dan guru-guru boleh membawa murid menonton siaran ASTRO di Bilik Tayangan PSS.

Kemudahan Fizikal PSS

PSS SK Slim River terletak di tingkat dua bangunan blok B. fizikal PSS terdiri daripada :

1) Pejabat Pusat Sumber
- Pusat organisasi PSS dan pusat penyimpan rekod-rekod pengurusan dan pentadbiran PSS

2) Perpusatakaan
- Perpusatakaan terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian Rujukan dan Bahagian Pinjaman , dilengkapi dengan bahan bacaan dan kemudahan membuat rujukan. Bilik ini boleh memuatkan seramai 60 orang pengguna pada satu masa. Boleh digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.

3) Bilik Simulasi / Tayangan
- Dilengkap[i dengan kemudahan audio-video untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Boleh memuatkan seramai 40 orang pengguna.

4) Bilik Media dan Simpulan Bahasa
- Bahagian ini berfungsi sebagai tempat simpanan bahan,khusus untuk bahan-bahan media elektronik software dan hardware juga bahan-bahan bercetak bukan buku yang dikategorikan sebagai bahan koleksi terhad.

5)Pusat Pembelajaran Akses Kendiri / Self - Access Learning Centre
Ruang ini menempatkan koleksi bahan pembelajaran akses kendiri bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Selain bahan-bahan bercetak,bahagian ini juga dilengkapi dengan karel basah yang boleh digunakan untuk tujuan yang sama.

Selasa, Ogos 12, 2008

Sejarah dan Perkembangan Pusat Sumber

Pada tahun 1960 hingga 1970an wujud Perpustakaan Sekolah yang berperanan sebagai perpustakaan tradisional dengan koleksi bahan buku, majalah dan surat khabar.

Pada tahun 1980anPSS telah beroperasi dalam dua unit berasingan iaitu Unit Perpustakaan dan Unit Alat Pandang Dengar (APD)

Pada tahun 1990an,wujud Pusat Sumber Sekolah dan pada tahun 2000, ia telah Menjadi Pusat Sumber Sekolah dan berpindah ke bangunan baru.

Isnin, Ogos 04, 2008

tHe cLocK iS tiCkiNg

get this clock

Khamis, Julai 31, 2008

Add IllVill to your page

Extreme Style


For more widgets please visit www.yourminis.com


Selasa, Julai 22, 2008

Kejayaan dan Pencapaian Pusat Sumber SKSR

Kejayaan dan Pencapaian PSS SK Slim River adalah :

  1. Tahun 2002 – Pusat Sumber SK Slim River telah menjadi pemenang untuk peningkatan Dinamik bagi Pusat Sumber Sekolah Rendah Bandar
  2. 2003 – Nur Amalina bt Samar menjadi johan untuk pertandinga banyak membaca untk Anugerah NILAM Tahap Jauhari 2003 Peringkat Daerah Batang Padang
  3. 2003 – Nur Amalina bt Samar menjadi johan untuk Pertandinga Banyak Membaca untuk Anugerah NILAM Tahap Jauhari 2003 peringkat Negari Perak
  4. 2003 – Pusat Sumber SK Slim River menjadi johan untuk Daerah Batang Padang bagi Anugerah Gemilang Akademik (AGA) untuk Bahagian Pengurusan Bahan dan Keceriaan Pusat Sumber (PSS) sekolah 2003
  5. 2003 – Pusat sumber SK Slim River mendapat tempat ke tiga peringkat Negeri Perak bagi Anugerah Gemilang Akademik (AGA) untuk Pengurusan Bahan dan Keceriaan Pusat Sumber (PSS) Sekolah 2003
  6. 2004 – Pusat Sumber SK Slim River menjadi johan negeri Perak untuk Anugerah Gemilang Akademik (AGA) dalam kategori Pengurusan Bahan dan Keceriaan Pusat Sumber (PSS) Sekolah 2004. SK Slim River mewakili negeri Perak ke peringkat kebangsaan pada tahun 2006
  7. 2005 – Fatin Hannani bt Jaliluddin mewakili Daerah Batang ke Anugerah NILAM Tahap Jauhari
  8. 2005 – Seramai 26 orang murid SK Slim River telah mendapat Anugerah NILAM tahap Jauhari peringkat Batang Padang.
  9. 2005 – Pusat Sumber SK Slim River telah menerima anugerah Pencapaian peratus tertinggi Jauhari peringkat Daerah Batang Padang
  10. 2006 – Pusat Sumber SK Slim River telah mewakili Negeri Perak ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan Anugerah Gemilang Akademik (AGA) untuk Pengurusan Bahan dan Keceriaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Sekolah
  11. 2006 – Pusat Sumber SK Slim River telah menjadi johan Daerah Batang dalam pertandingan Anugerah Gemilang Akademik (AGA) untuk pengurusan bahan dan keceriaan Pusat Sumber (PSS) sekolah
  12. 2006 – Pusat Sumber SK Slim River telah menjadi johan negeri Perak dalam pertandingan Anugerah Gemilang Akademik (AGA) dalam kategori Pengurusan Bahan dan Keceriaan pusat sumber (PSS) sekolah
  13. SK Slim River menjadi johan Anugerah Penglibatan Sekolah dalam program NILAM peringkat Daerah Batang Padang 2006 kategori Tahap Jauhari sekolah rendah
    SK Slim River sebagai naib johan Anugerah Gemilang Penglibatan Sekolah dalam Program NILAM peringkat Daerah Batang Padang 2006 kategori tahap Rakan Pembaca Sekolah Rendah
  14. Murid SK Slim River, Fatin Hannani bt Jalilluddin menjadi johan Daerah Batang Padang dalm pertandingan NILAM ( Tokoh Pembaca ) 2006
  15. Murid SK Slim River, Fatin Hannani bt Jalilluddin mendapat tempat ketiga peringkat Negeri Perak dalm Pertandingan Anugerah NILAM ( Tokoh Pembaca ) 2006
  16. Pada tahun 2009, pusat sumber SK Slim River telah menjadi johan negeri Perak dalam pertandingan Anugerah Gemilang Akademik (AGA) dan mewakili negeri Perak untuk Anugerah Gemilang Akademik (AGA) peringkat kebangsaan untuk tahun 2009

Khamis, Julai 17, 2008

Kenapa Pusat Sumber dinamakan "Pusat Sumber"

Kenapa pusat sumber dinamakan pusat sumber? Kenapa tidak dipanggil dengan nama lain. kenapa tidak dipanggil dengan nama Pusat buku ke,Pusat Membaca ke. kenapa? Pernah kita berfikir ke? Berikan komen anda.

Rabu, Jun 25, 2008

Pusat Sumber dikenali sebagai 'house of the book'

















Pusat sumber sk slim river merupakan satu tempat yang cukup penting kepada murid - murid. ia merupakan guru kedua kepada murid - murid di sekolah dan ia menjadi tempat kepada murid untuk mengulang kaji pelajaran dan membaca.


Organisasi Pusat Sumber SK Slim River

Organisasi Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber SK Slim River







Pegangan Pusat Sumber

Objektif Pusat Sumber Sekolah

  1. Meningkatkan taraf pengajaran an pembelajaran dan prestasi akademik.
  2. Menggalakkan murid dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pengajaran dan pembelajaran supaya meteka tidak semata-mata bergantung kepada buku taks dan kaedah "chalk and talk"
  3. Menggalakkan tabiat gemar membaca, belajar sendiri, ingin tahun atau bertanya kalangan murid-murid melalui penggunaan bahan di Pusat Sumber Sekolah.
  4. Membantu guru dan murid dalam usaha menghasilkandan menilai berbagai alat dab bahan pengajaran dan pembelajaran
  5. mengadakan kemudahan dan perkhidmatan yang sesuaiuntuk memenuhi keperluan murid-murid yang berbeza antara satu sama lain
  6. melatih murid-murid menggunakan perkhidmatan mengesan maklumat dan membawa kerja-kerja rujukan



Misi Pusat Sumber

Misi program Pusat Sumber adalah untuk memastikan bahawa murid dan guru merpakan pengguna idea-idea dan maklumat berkesan.

Misi Media Pusat Sumber Sekolah merentasi beberapa objektif khusus :

  1. Untuk menawarkan kemudahan dan laluan intelektual kepada maklumat
  2. Untuk menawarkan kemudahan dan laluan fizikal kepada maklumat
  3. Untuk menawarkan kemudahan pengalaman belajar yang menggalakkan pengguna untuk menjadi pelanggan yang pelbagai dan pencipta maklumat yang mahir.
  4. Untuk menawarkan kepimpinan, pengajan dan bantuan runding cara dalam penggunaan teknologi maklumat dan pengajaran

Peraturan Penggunaan PSS

Peraturan-peraturan Pusat Sumber Sekolah.

Buku-buku yang dipinjam:

  • Murid-murid digalakkan meminjam sekurang-kurangnya sebuah buku seminggu dan dipulangkan dalam tempoh 1 minggu dari tarikh pinjaman dibuat.
  • Denda akan dikenakan atas kadar RM0.10 sehari atas kelewatan memulangkan buku
  • Buku-buku yang dipinjam hendaklah dijaga dengan baik supaya tidak kotor atau rosak.
  • Buku-buku yang dipinjam hendaklah dipulangkan dalam keadaan baik. Jika buku berkenaan didapati rosak dan tidak dapat digunakan lagi, peminjam dikehendaki menggantikan buku itu atau membayarharga buku berkenaan.
  • kehilangan buku yang dipinjam hendaklah digantikan dengan buku yang baru yang sama atau membayar harga buku tersebut.
  • PSS menggunakan sistem pengotomasian (PUSTAKAWAN). Pengawas PSS dikehendaki mengisi butir-butir yang diperlukan dalam Transaksi ( pinjaman dan pemulangan )
  • Pengawas PSS perlu menulis tarikh pulang dalam slip pulangan yang terdapat dalam buku.
  • Serahkan kad ahli dan buku kepada pengawas PSS yang bertugas untuk proses peminjaman dan pemulangan buku.
  • Pulangkan buku mengikut tarikh yang tercatat pada slip pulangan.

Buku Rujukan

  • Buku-buku rujukan adalah kegunaan membuat rujukan sahaja
  • buku-buku rujukan tidak boleh dipinjam kecuali dengan kebenaran Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah
  • Buku-buku rujukan yang telah digunakan hendaklah diletakkann semula di tempat di mana ia diambil atau dimasukkan.

Peraturan Am

  • guru yang membawa murid-murid ke PSS bertanggungjawab sepenuhnya terhadap disiplin murid-murid semasa berada di PSS.
  • Guru hendaklah membawa murid ke PSS mengikut jadual dan penggunaan PSS hendaklah direkodkan di dalam rekod penggunaan PSS.
  • Murid-murid dikehendakai sentiasa senyap semasa berada di PSS
  • Murid-murid dilarang membawa sebarang jenis beg dalam PSS.
  • Majalah dan bahan rujukan tidak dibenarakan dibawa keluar dari PSS.
  • Tidak dibenarkan membawa sebarang jenis bahan makanan atau minuman ke dalam PSS
  • Murid-murid bertanggungjawab secara individu menjaga kebersihan PSS.
  • Murid-murid hendaklah beratur ketika datang atau meninggalkan PSS.

Peraturan Meminjam Bahan-Bantu Mengajar (BBM)

  • Catatkan butir-butir yang terdapat dalam rekod penggunaan BBM yang disediakan.
  • Segala alatan yang dipinjam hendaklah dimaklumkan kepada Penyelaras PSS dan dicatatkan ke dalam Rekod Penggunaan BBM di PSS
  • Guru yang meminjam BBM bertanggungjawab sepenuhnya kerana mungkin ada guru lain yang ingin menggunakan bahan yang sama.
  • Tandatangani Buku Rekod Penggunaan BBM semasa meminjam atau memulangkan semula bahan di PSS
  • Murid hanya dibenarkan mengambil atau memulangkan bahan jika ada surat dari guru yang meminjam bahan.
  • Bahan-bahan yang memerlukan penjagaan rapi hendaklah dihantar segera ke PSS selepas digunakan.
  • Bahan-bahan yang dipinjam hendaklah diletakkan semula di tempat asalnya.

Selasa, Jun 24, 2008

Aktiviti PSS SKSR



Aktiviti yang berkaitan dengan PSS SKSR.

1) Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber 






2) Sukan Tahunan SK Slim River






 Pameran Bertema PSS