Objektif Pusat Sumber Sekolah
- Meningkatkan taraf pengajaran an pembelajaran dan prestasi akademik.
- Menggalakkan murid dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pengajaran dan pembelajaran supaya meteka tidak semata-mata bergantung kepada buku taks dan kaedah "chalk and talk"
- Menggalakkan tabiat gemar membaca, belajar sendiri, ingin tahun atau bertanya kalangan murid-murid melalui penggunaan bahan di Pusat Sumber Sekolah.
- Membantu guru dan murid dalam usaha menghasilkandan menilai berbagai alat dab bahan pengajaran dan pembelajaran
- mengadakan kemudahan dan perkhidmatan yang sesuaiuntuk memenuhi keperluan murid-murid yang berbeza antara satu sama lain
- melatih murid-murid menggunakan perkhidmatan mengesan maklumat dan membawa kerja-kerja rujukan
Misi Pusat Sumber
Misi program Pusat Sumber adalah untuk memastikan bahawa murid dan guru merpakan pengguna idea-idea dan maklumat berkesan.
Misi Media Pusat Sumber Sekolah merentasi beberapa objektif khusus :
- Untuk menawarkan kemudahan dan laluan intelektual kepada maklumat
- Untuk menawarkan kemudahan dan laluan fizikal kepada maklumat
- Untuk menawarkan kemudahan pengalaman belajar yang menggalakkan pengguna untuk menjadi pelanggan yang pelbagai dan pencipta maklumat yang mahir.
- Untuk menawarkan kepimpinan, pengajan dan bantuan runding cara dalam penggunaan teknologi maklumat dan pengajaran
Peraturan Penggunaan PSS
Peraturan-peraturan Pusat Sumber Sekolah.
Buku-buku yang dipinjam:
- Murid-murid digalakkan meminjam sekurang-kurangnya sebuah buku seminggu dan dipulangkan dalam tempoh 1 minggu dari tarikh pinjaman dibuat.
- Denda akan dikenakan atas kadar RM0.10 sehari atas kelewatan memulangkan buku
- Buku-buku yang dipinjam hendaklah dijaga dengan baik supaya tidak kotor atau rosak.
- Buku-buku yang dipinjam hendaklah dipulangkan dalam keadaan baik. Jika buku berkenaan didapati rosak dan tidak dapat digunakan lagi, peminjam dikehendaki menggantikan buku itu atau membayarharga buku berkenaan.
- kehilangan buku yang dipinjam hendaklah digantikan dengan buku yang baru yang sama atau membayar harga buku tersebut.
- PSS menggunakan sistem pengotomasian (PUSTAKAWAN). Pengawas PSS dikehendaki mengisi butir-butir yang diperlukan dalam Transaksi ( pinjaman dan pemulangan )
- Pengawas PSS perlu menulis tarikh pulang dalam slip pulangan yang terdapat dalam buku.
- Serahkan kad ahli dan buku kepada pengawas PSS yang bertugas untuk proses peminjaman dan pemulangan buku.
- Pulangkan buku mengikut tarikh yang tercatat pada slip pulangan.
Buku Rujukan
- Buku-buku rujukan adalah kegunaan membuat rujukan sahaja
- buku-buku rujukan tidak boleh dipinjam kecuali dengan kebenaran Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah
- Buku-buku rujukan yang telah digunakan hendaklah diletakkann semula di tempat di mana ia diambil atau dimasukkan.
Peraturan Am
- guru yang membawa murid-murid ke PSS bertanggungjawab sepenuhnya terhadap disiplin murid-murid semasa berada di PSS.
- Guru hendaklah membawa murid ke PSS mengikut jadual dan penggunaan PSS hendaklah direkodkan di dalam rekod penggunaan PSS.
- Murid-murid dikehendakai sentiasa senyap semasa berada di PSS
- Murid-murid dilarang membawa sebarang jenis beg dalam PSS.
- Majalah dan bahan rujukan tidak dibenarakan dibawa keluar dari PSS.
- Tidak dibenarkan membawa sebarang jenis bahan makanan atau minuman ke dalam PSS
- Murid-murid bertanggungjawab secara individu menjaga kebersihan PSS.
- Murid-murid hendaklah beratur ketika datang atau meninggalkan PSS.
Peraturan Meminjam Bahan-Bantu Mengajar (BBM)
- Catatkan butir-butir yang terdapat dalam rekod penggunaan BBM yang disediakan.
- Segala alatan yang dipinjam hendaklah dimaklumkan kepada Penyelaras PSS dan dicatatkan ke dalam Rekod Penggunaan BBM di PSS
- Guru yang meminjam BBM bertanggungjawab sepenuhnya kerana mungkin ada guru lain yang ingin menggunakan bahan yang sama.
- Tandatangani Buku Rekod Penggunaan BBM semasa meminjam atau memulangkan semula bahan di PSS
- Murid hanya dibenarkan mengambil atau memulangkan bahan jika ada surat dari guru yang meminjam bahan.
- Bahan-bahan yang memerlukan penjagaan rapi hendaklah dihantar segera ke PSS selepas digunakan.
- Bahan-bahan yang dipinjam hendaklah diletakkan semula di tempat asalnya.
0 comments:
Catat Ulasan