Rabu, Jun 25, 2008
Pusat Sumber dikenali sebagai 'house of the book'
Pusat sumber sk slim river merupakan satu tempat yang cukup penting kepada murid - murid. ia merupakan guru kedua kepada murid - murid di sekolah dan ia menjadi tempat kepada murid untuk mengulang kaji pelajaran dan membaca.
Organisasi Pusat Sumber SK Slim River
Organisasi Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber SK Slim River
Posted by Mohd Syahredzuan Syah at Rabu, Jun 25, 2008 0 comments
Pegangan Pusat Sumber
Objektif Pusat Sumber Sekolah
- Meningkatkan taraf pengajaran an pembelajaran dan prestasi akademik.
- Menggalakkan murid dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pengajaran dan pembelajaran supaya meteka tidak semata-mata bergantung kepada buku taks dan kaedah "chalk and talk"
- Menggalakkan tabiat gemar membaca, belajar sendiri, ingin tahun atau bertanya kalangan murid-murid melalui penggunaan bahan di Pusat Sumber Sekolah.
- Membantu guru dan murid dalam usaha menghasilkandan menilai berbagai alat dab bahan pengajaran dan pembelajaran
- mengadakan kemudahan dan perkhidmatan yang sesuaiuntuk memenuhi keperluan murid-murid yang berbeza antara satu sama lain
- melatih murid-murid menggunakan perkhidmatan mengesan maklumat dan membawa kerja-kerja rujukan
Misi Pusat Sumber
Misi program Pusat Sumber adalah untuk memastikan bahawa murid dan guru merpakan pengguna idea-idea dan maklumat berkesan.
Misi Media Pusat Sumber Sekolah merentasi beberapa objektif khusus :
- Untuk menawarkan kemudahan dan laluan intelektual kepada maklumat
- Untuk menawarkan kemudahan dan laluan fizikal kepada maklumat
- Untuk menawarkan kemudahan pengalaman belajar yang menggalakkan pengguna untuk menjadi pelanggan yang pelbagai dan pencipta maklumat yang mahir.
- Untuk menawarkan kepimpinan, pengajan dan bantuan runding cara dalam penggunaan teknologi maklumat dan pengajaran
Peraturan Penggunaan PSS
Peraturan-peraturan Pusat Sumber Sekolah.
Buku-buku yang dipinjam:
- Murid-murid digalakkan meminjam sekurang-kurangnya sebuah buku seminggu dan dipulangkan dalam tempoh 1 minggu dari tarikh pinjaman dibuat.
- Denda akan dikenakan atas kadar RM0.10 sehari atas kelewatan memulangkan buku
- Buku-buku yang dipinjam hendaklah dijaga dengan baik supaya tidak kotor atau rosak.
- Buku-buku yang dipinjam hendaklah dipulangkan dalam keadaan baik. Jika buku berkenaan didapati rosak dan tidak dapat digunakan lagi, peminjam dikehendaki menggantikan buku itu atau membayarharga buku berkenaan.
- kehilangan buku yang dipinjam hendaklah digantikan dengan buku yang baru yang sama atau membayar harga buku tersebut.
- PSS menggunakan sistem pengotomasian (PUSTAKAWAN). Pengawas PSS dikehendaki mengisi butir-butir yang diperlukan dalam Transaksi ( pinjaman dan pemulangan )
- Pengawas PSS perlu menulis tarikh pulang dalam slip pulangan yang terdapat dalam buku.
- Serahkan kad ahli dan buku kepada pengawas PSS yang bertugas untuk proses peminjaman dan pemulangan buku.
- Pulangkan buku mengikut tarikh yang tercatat pada slip pulangan.
Buku Rujukan
- Buku-buku rujukan adalah kegunaan membuat rujukan sahaja
- buku-buku rujukan tidak boleh dipinjam kecuali dengan kebenaran Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah
- Buku-buku rujukan yang telah digunakan hendaklah diletakkann semula di tempat di mana ia diambil atau dimasukkan.
Peraturan Am
- guru yang membawa murid-murid ke PSS bertanggungjawab sepenuhnya terhadap disiplin murid-murid semasa berada di PSS.
- Guru hendaklah membawa murid ke PSS mengikut jadual dan penggunaan PSS hendaklah direkodkan di dalam rekod penggunaan PSS.
- Murid-murid dikehendakai sentiasa senyap semasa berada di PSS
- Murid-murid dilarang membawa sebarang jenis beg dalam PSS.
- Majalah dan bahan rujukan tidak dibenarakan dibawa keluar dari PSS.
- Tidak dibenarkan membawa sebarang jenis bahan makanan atau minuman ke dalam PSS
- Murid-murid bertanggungjawab secara individu menjaga kebersihan PSS.
- Murid-murid hendaklah beratur ketika datang atau meninggalkan PSS.
Peraturan Meminjam Bahan-Bantu Mengajar (BBM)
- Catatkan butir-butir yang terdapat dalam rekod penggunaan BBM yang disediakan.
- Segala alatan yang dipinjam hendaklah dimaklumkan kepada Penyelaras PSS dan dicatatkan ke dalam Rekod Penggunaan BBM di PSS
- Guru yang meminjam BBM bertanggungjawab sepenuhnya kerana mungkin ada guru lain yang ingin menggunakan bahan yang sama.
- Tandatangani Buku Rekod Penggunaan BBM semasa meminjam atau memulangkan semula bahan di PSS
- Murid hanya dibenarkan mengambil atau memulangkan bahan jika ada surat dari guru yang meminjam bahan.
- Bahan-bahan yang memerlukan penjagaan rapi hendaklah dihantar segera ke PSS selepas digunakan.
- Bahan-bahan yang dipinjam hendaklah diletakkan semula di tempat asalnya.
Posted by Mohd Syahredzuan Syah at Rabu, Jun 25, 2008 0 comments
Selasa, Jun 24, 2008
Aktiviti PSS SKSR
Aktiviti yang berkaitan dengan PSS SKSR.
1) Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber
2) Sukan Tahunan SK Slim River
Pameran Bertema PSS
Posted by Mohd Syahredzuan Syah at Selasa, Jun 24, 2008 0 comments
Langgan:
Catatan (Atom)