| Add IllVill to your page |
Khamis, Julai 31, 2008
Posted by Mohd Syahredzuan Syah at Khamis, Julai 31, 2008 0 comments
Selasa, Julai 22, 2008
Kejayaan dan Pencapaian Pusat Sumber SKSR
Kejayaan dan Pencapaian PSS SK Slim River adalah :
- Tahun 2002 – Pusat Sumber SK Slim River telah menjadi pemenang untuk peningkatan Dinamik bagi Pusat Sumber Sekolah Rendah Bandar
- 2003 – Nur Amalina bt Samar menjadi johan untuk pertandinga banyak membaca untk Anugerah NILAM Tahap Jauhari 2003 Peringkat Daerah Batang Padang
- 2003 – Nur Amalina bt Samar menjadi johan untuk Pertandinga Banyak Membaca untuk Anugerah NILAM Tahap Jauhari 2003 peringkat Negari Perak
- 2003 – Pusat Sumber SK Slim River menjadi johan untuk Daerah Batang Padang bagi Anugerah Gemilang Akademik (AGA) untuk Bahagian Pengurusan Bahan dan Keceriaan Pusat Sumber (PSS) sekolah 2003
- 2003 – Pusat sumber SK Slim River mendapat tempat ke tiga peringkat Negeri Perak bagi Anugerah Gemilang Akademik (AGA) untuk Pengurusan Bahan dan Keceriaan Pusat Sumber (PSS) Sekolah 2003
- 2004 – Pusat Sumber SK Slim River menjadi johan negeri Perak untuk Anugerah Gemilang Akademik (AGA) dalam kategori Pengurusan Bahan dan Keceriaan Pusat Sumber (PSS) Sekolah 2004. SK Slim River mewakili negeri Perak ke peringkat kebangsaan pada tahun 2006
- 2005 – Fatin Hannani bt Jaliluddin mewakili Daerah Batang ke Anugerah NILAM Tahap Jauhari
- 2005 – Seramai 26 orang murid SK Slim River telah mendapat Anugerah NILAM tahap Jauhari peringkat Batang Padang.
- 2005 – Pusat Sumber SK Slim River telah menerima anugerah Pencapaian peratus tertinggi Jauhari peringkat Daerah Batang Padang
- 2006 – Pusat Sumber SK Slim River telah mewakili Negeri Perak ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan Anugerah Gemilang Akademik (AGA) untuk Pengurusan Bahan dan Keceriaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Sekolah
- 2006 – Pusat Sumber SK Slim River telah menjadi johan Daerah Batang dalam pertandingan Anugerah Gemilang Akademik (AGA) untuk pengurusan bahan dan keceriaan Pusat Sumber (PSS) sekolah
- 2006 – Pusat Sumber SK Slim River telah menjadi johan negeri Perak dalam pertandingan Anugerah Gemilang Akademik (AGA) dalam kategori Pengurusan Bahan dan Keceriaan pusat sumber (PSS) sekolah
- SK Slim River menjadi johan Anugerah Penglibatan Sekolah dalam program NILAM peringkat Daerah Batang Padang 2006 kategori Tahap Jauhari sekolah rendah
SK Slim River sebagai naib johan Anugerah Gemilang Penglibatan Sekolah dalam Program NILAM peringkat Daerah Batang Padang 2006 kategori tahap Rakan Pembaca Sekolah Rendah - Murid SK Slim River, Fatin Hannani bt Jalilluddin menjadi johan Daerah Batang Padang dalm pertandingan NILAM ( Tokoh Pembaca ) 2006
- Murid SK Slim River, Fatin Hannani bt Jalilluddin mendapat tempat ketiga peringkat Negeri Perak dalm Pertandingan Anugerah NILAM ( Tokoh Pembaca ) 2006
- Pada tahun 2009, pusat sumber SK Slim River telah menjadi johan negeri Perak dalam pertandingan Anugerah Gemilang Akademik (AGA) dan mewakili negeri Perak untuk Anugerah Gemilang Akademik (AGA) peringkat kebangsaan untuk tahun 2009
Posted by Mohd Syahredzuan Syah at Selasa, Julai 22, 2008 0 comments
Khamis, Julai 17, 2008
Kenapa Pusat Sumber dinamakan "Pusat Sumber"
Kenapa pusat sumber dinamakan pusat sumber? Kenapa tidak dipanggil dengan nama lain. kenapa tidak dipanggil dengan nama Pusat buku ke,Pusat Membaca ke. kenapa? Pernah kita berfikir ke? Berikan komen anda.
Posted by Mohd Syahredzuan Syah at Khamis, Julai 17, 2008 0 comments
Rabu, Jun 25, 2008
Pusat Sumber dikenali sebagai 'house of the book'
Posted by Mohd Syahredzuan Syah at Rabu, Jun 25, 2008 0 comments
Pegangan Pusat Sumber
Objektif Pusat Sumber Sekolah
- Meningkatkan taraf pengajaran an pembelajaran dan prestasi akademik.
- Menggalakkan murid dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pengajaran dan pembelajaran supaya meteka tidak semata-mata bergantung kepada buku taks dan kaedah "chalk and talk"
- Menggalakkan tabiat gemar membaca, belajar sendiri, ingin tahun atau bertanya kalangan murid-murid melalui penggunaan bahan di Pusat Sumber Sekolah.
- Membantu guru dan murid dalam usaha menghasilkandan menilai berbagai alat dab bahan pengajaran dan pembelajaran
- mengadakan kemudahan dan perkhidmatan yang sesuaiuntuk memenuhi keperluan murid-murid yang berbeza antara satu sama lain
- melatih murid-murid menggunakan perkhidmatan mengesan maklumat dan membawa kerja-kerja rujukan
Misi Pusat Sumber
Misi program Pusat Sumber adalah untuk memastikan bahawa murid dan guru merpakan pengguna idea-idea dan maklumat berkesan.
Misi Media Pusat Sumber Sekolah merentasi beberapa objektif khusus :
- Untuk menawarkan kemudahan dan laluan intelektual kepada maklumat
- Untuk menawarkan kemudahan dan laluan fizikal kepada maklumat
- Untuk menawarkan kemudahan pengalaman belajar yang menggalakkan pengguna untuk menjadi pelanggan yang pelbagai dan pencipta maklumat yang mahir.
- Untuk menawarkan kepimpinan, pengajan dan bantuan runding cara dalam penggunaan teknologi maklumat dan pengajaran
Peraturan Penggunaan PSS
Peraturan-peraturan Pusat Sumber Sekolah.
Buku-buku yang dipinjam:
- Murid-murid digalakkan meminjam sekurang-kurangnya sebuah buku seminggu dan dipulangkan dalam tempoh 1 minggu dari tarikh pinjaman dibuat.
- Denda akan dikenakan atas kadar RM0.10 sehari atas kelewatan memulangkan buku
- Buku-buku yang dipinjam hendaklah dijaga dengan baik supaya tidak kotor atau rosak.
- Buku-buku yang dipinjam hendaklah dipulangkan dalam keadaan baik. Jika buku berkenaan didapati rosak dan tidak dapat digunakan lagi, peminjam dikehendaki menggantikan buku itu atau membayarharga buku berkenaan.
- kehilangan buku yang dipinjam hendaklah digantikan dengan buku yang baru yang sama atau membayar harga buku tersebut.
- PSS menggunakan sistem pengotomasian (PUSTAKAWAN). Pengawas PSS dikehendaki mengisi butir-butir yang diperlukan dalam Transaksi ( pinjaman dan pemulangan )
- Pengawas PSS perlu menulis tarikh pulang dalam slip pulangan yang terdapat dalam buku.
- Serahkan kad ahli dan buku kepada pengawas PSS yang bertugas untuk proses peminjaman dan pemulangan buku.
- Pulangkan buku mengikut tarikh yang tercatat pada slip pulangan.
Buku Rujukan
- Buku-buku rujukan adalah kegunaan membuat rujukan sahaja
- buku-buku rujukan tidak boleh dipinjam kecuali dengan kebenaran Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah
- Buku-buku rujukan yang telah digunakan hendaklah diletakkann semula di tempat di mana ia diambil atau dimasukkan.
Peraturan Am
- guru yang membawa murid-murid ke PSS bertanggungjawab sepenuhnya terhadap disiplin murid-murid semasa berada di PSS.
- Guru hendaklah membawa murid ke PSS mengikut jadual dan penggunaan PSS hendaklah direkodkan di dalam rekod penggunaan PSS.
- Murid-murid dikehendakai sentiasa senyap semasa berada di PSS
- Murid-murid dilarang membawa sebarang jenis beg dalam PSS.
- Majalah dan bahan rujukan tidak dibenarakan dibawa keluar dari PSS.
- Tidak dibenarkan membawa sebarang jenis bahan makanan atau minuman ke dalam PSS
- Murid-murid bertanggungjawab secara individu menjaga kebersihan PSS.
- Murid-murid hendaklah beratur ketika datang atau meninggalkan PSS.
Peraturan Meminjam Bahan-Bantu Mengajar (BBM)
- Catatkan butir-butir yang terdapat dalam rekod penggunaan BBM yang disediakan.
- Segala alatan yang dipinjam hendaklah dimaklumkan kepada Penyelaras PSS dan dicatatkan ke dalam Rekod Penggunaan BBM di PSS
- Guru yang meminjam BBM bertanggungjawab sepenuhnya kerana mungkin ada guru lain yang ingin menggunakan bahan yang sama.
- Tandatangani Buku Rekod Penggunaan BBM semasa meminjam atau memulangkan semula bahan di PSS
- Murid hanya dibenarkan mengambil atau memulangkan bahan jika ada surat dari guru yang meminjam bahan.
- Bahan-bahan yang memerlukan penjagaan rapi hendaklah dihantar segera ke PSS selepas digunakan.
- Bahan-bahan yang dipinjam hendaklah diletakkan semula di tempat asalnya.
Posted by Mohd Syahredzuan Syah at Rabu, Jun 25, 2008 0 comments
Selasa, Jun 24, 2008
Aktiviti PSS SKSR





Posted by Mohd Syahredzuan Syah at Selasa, Jun 24, 2008 0 comments










